BLOGGER TEMPLATES AND Formspring Backgrounds »

Monday, 31 October 2011

Surat Untuk Calon Suamiku..

Assalamualaikum w.b.t..

Dear calon suamiku,
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dgn syukur kerana dpt menatap kembali fananya hidup ini..Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tgh kau genggam? 

Wahai calon suamiku,
Tahukah engkau betapa Allah sgt mencintaiku dgn dahsyatnya? Disini aku ditempah utk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Meskipun kadang keluh dan berputus asa menguasai. Namun kini kurasakan diri ini lebih baik. Kadang aku tertanya-tanya, knp Allah selalu mengujiku tepat dihatiku, bahagian terapuh diriku. Namun kini aku ahu jawapannya. Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian InsyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu..

Calon suamiku..
Entah dimana dirimu skrg. Tapi aku yakin Allah pn mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku..Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yg tangguh, hingga aku pn bangga memilikimu kelak. Apa yg ku harapkan darimu adalah kesalihan. Semoga sama halnya dgn dirimu. Kerana apabila kecantikan yg kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yg akan kau dapati. Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yg ada saat ini, aku berharap dpt menjadi isteri yg mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.. 

Wahai calon suamiku,
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan ibuku, tak lain doaku agar menjadi anak yg solehah, agar kelak dpt menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nnt setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yg menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yg soleh. Aku ini pencemburu berat, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai drpd aku, aku rela. Aku harap begitu pula dgn dirimu.

Friday, 28 October 2011

Hargailah apa yang kita ada..



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

PELAJAR: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"
CIKGU:"Okay, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput ditangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR:"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata pilih yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya rumput yang paling cantik tapi dah  cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.."
CIKGU:"Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...(:

Wednesday, 26 October 2011

a Paragraph..


Dari syariat,...carilah Tuhanmu
temukan dan kenali Tuhanmu dari mengenali dirimu sendiri
semakin dekat Tuhan,... yang ditakutkan semakin jauh dunia
lakukan semuanya secara seimbang dan adil
semua akan tercermin dalam "AKHLAK MULIA"...(;

Tuesday, 25 October 2011

Birthday Girl 25/10/2011

hari ni birthday girl owner blog..


thank utk Puan Normah & Encik Md Sharif sebab dah bersusah payah membesarkan saya sepanjang 21 tahun saya hidup kat dunia ni... semoga mak dgn ayh dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki jugak.. tak lupa kak Pni, kak Isyah..sepupu sepapat..sedara mara..:) dan terimakasihh kat semua kawan2 fb yg wish tu..saya appreciate sgt2..ikhlas dr Cik Eka..

Sunday, 16 October 2011

Just ME..


I'm such a bad person..
I'm not supposed to love you..
I'm not supposed to care..
I'm not supposed to live my life..
wishing you were there..
I'm not supposed to wonder..
where you are or what you do,
I'm sorry..i can't help myself..
cause I'm in love with SOMEONE..
SOMEONE like YOU!
 

Thursday, 13 October 2011

May Allah Hears..

Ya Allah..
aku tidak meminta seorg yg sempurna..namun,aku meminta seorg yg tdak sempurna..sehingga aku dpt membuatkannya sempurna dimataMu..seorg insan yg memerlukan sokonganku sbg peneguhnya,seorg yg memerlukan doaku utk kehidupannya,seorg yg memerlukan senyumku utk mengatasi kesedihannya,seorg yg memerlukan diriku utk membuat hdupnya menjadi sempurna..
bantulah aku Ya Allah..tunjukkan aku jalan2nya..

Monday, 10 October 2011

Choice..

Dia pilihanku..
Benar...Dia pilihanku..

realitinya, bukan pilihanku..
ini pilihan DIA untukku.

Aku hanya menurut akan petunjuk yang dirasa..

andai Dia benar tercipta untukku,
pasti kan tiba saat itu.
saat cinta itu bersatu dengan restu.






menantikan sebuah jawapan.

moga yang terbaik menjadi milikku..