BLOGGER TEMPLATES AND Formspring Backgrounds »

Monday 31 October 2011

Surat Untuk Calon Suamiku..

Assalamualaikum w.b.t..

Dear calon suamiku,
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dgn syukur kerana dpt menatap kembali fananya hidup ini..Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tgh kau genggam? 

Wahai calon suamiku,
Tahukah engkau betapa Allah sgt mencintaiku dgn dahsyatnya? Disini aku ditempah utk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Meskipun kadang keluh dan berputus asa menguasai. Namun kini kurasakan diri ini lebih baik. Kadang aku tertanya-tanya, knp Allah selalu mengujiku tepat dihatiku, bahagian terapuh diriku. Namun kini aku ahu jawapannya. Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian InsyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu..

Calon suamiku..
Entah dimana dirimu skrg. Tapi aku yakin Allah pn mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku..Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yg tangguh, hingga aku pn bangga memilikimu kelak. Apa yg ku harapkan darimu adalah kesalihan. Semoga sama halnya dgn dirimu. Kerana apabila kecantikan yg kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yg akan kau dapati. Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yg ada saat ini, aku berharap dpt menjadi isteri yg mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.. 

Wahai calon suamiku,
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan ibuku, tak lain doaku agar menjadi anak yg solehah, agar kelak dpt menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nnt setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yg menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yg soleh. Aku ini pencemburu berat, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai drpd aku, aku rela. Aku harap begitu pula dgn dirimu.

0 orang doa Cik Eka kurus: