BLOGGER TEMPLATES AND Formspring Backgrounds »

Monday 8 August 2011

SURAT CINTA DARI SUAMI

Sayang,

Malam tadi sedang awak nyenyak tidur, saya datang dekat awak, saya lurut rambut awak, saya pandang wajah awak, terasa sebak berkumpul di ruang dada.

Sebak bila kenangkan kejerihan hidup yang awak lalui selama menjadi isteri saya, sebak mengenangkan keletihan yang awak rasai menjaga anak-anak kita 13 tahun lamanya. Bila saya renung lebih jauh, saya dapat merasakan kekecewaan yang awak pendam di dalam dada awak di sebalik tembok kesabaran yang menjadi benteng kekuatan awak sebagai seorang isteri, ibu dan anak kepada tiga insan kecil yang mengharap perlindungan dan kasih sayang awak.

Tak tahu bagaimana nak balas jasa awak, melainkan saya ingin terus berkongsi kegembiraan dan kesedihan awak selama saya hidup di atas bumi Allah ini. Tak tahu bagaimana caranya lagi untuk membahagiakan awak selain menjadikan awak sumber inspirasi dalam setiap langkah yang saya atur mencari pedoman hidup saban hari. Saya minta maaf jika awak terasa kecil hati dengan kepayahan yang awak alami kerana sikap lelaki yang saya anuti.

Jauh di dalam hati saya, saya terlalu menyayangi awak dan saya tidak mahu melihat awak dalam kesusahan namun pergerakan, pemikiran, kebolehan dan kekuatan yang ada pada saya terhad kerana saya juga manusia.

Insyaallah, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan terus mempertahankan awak dan anak-anak, kerana hanya awak dan anak-anak masih menjadi harta termahal yang pernah dan masih saya miliki.

Akhir kata, doakan impian abang untuk mengisi jawatan Perdana Menteri menjadi kenyataan kali ini.

Dari Abang

p/s : Kalau jadi PM, abang janji abang akan terus basuh pinggan, salin lampin dan mandikan anak, seterika baju, prepare breakfast dan angkat jemuran seperti selalu.

0 orang doa Cik Eka kurus: