BLOGGER TEMPLATES AND Formspring Backgrounds »

Friday 30 September 2011

*Hope

dalam hidup ni.. cuma ada 2 jenis orang...
pertama orang yang bertuah..macam awak..ade cinta, semua yang awak dapat serba sempurna..
kedua...
orang tak bertuah macam saya...sebab saya serba tak sempurna..saya gemuk, hitam, hodoh..saya tak pernah dapat ape yg saya ingin..

tu beza antara saya dengan awak..

sebab tu sampai sekarang..saya tak dapat rasa macam apa yang orang lain rasa..
cuma satu je yg saya harap...
saya cuma nak rasa apa yang orang lain rasa sebelum sampai masa dunia terhenti..dan saya bokeh sambung rasa yang saya nak rasa dengan awak di syurga...sampai jumpa... *May ALLAH Hears.

Meet 'U'..

Saya macam dah jumpa 'awak'..awak la orang yg saya paling suka tgk kalau awak marah, kata orang, marah tandanya sayang kan..dan saya jugak tak sangka, betapa bahagianya saya bila tgk awak gembira, ketawa..mencintai diri awak sudah cukup membahagiakan saya..walaupun seketika..akan saya bawa cinta awak walaupun ke syurga mana saya jejak..walau ke neraka mana pun saya tercampak...doakan disaat dunia terhenti nanti, kita akan bertemu semula..

"saya sayang awak, BULAN.."

Wednesday 28 September 2011

God, please give me strength to hold on..

Saya sendiri tak faham..kenapa manusia ni ada sifat hasad dengki..
tak boleh tgk org senang...sepanjang tempoh kedewasaan saya..
apa saya nak, saya usahakan sendiri, saya dapatkannya sendiri..
sebab saya tau, mak ayah saya mmg tak mampu bg saya kemudahan tu semua..
saya takmau mak ayah saya bersusah utk saya..cukup sekadar kemudahan dalam pelajaran..
sbb nanti, saya nak sgt senangkan mak ayah saya bila saya dah bekerja atas usaha saya belajar..
saya tau mungkin bila saya dah kawin nanti hak mutlak saya dh berubah..

"Ya Allah, berkatilah hidup aku atas redhaMu, bukakanlah pintu rezeki kpd kami, berikanlah kami kekuatan dalam menempuh suka mahupun duka di hari-hari panjang di duniawi ini..Amin"

Monday 26 September 2011

SAYANG?

wah... ramainya SAYANG saya.. thx sayang-sayang..keep it up!

mood: *blushing *_*

Saturday 24 September 2011

Hati yang tak mungkin Tersampai..



Adik..
hadir kamu dalam hidup kami..
kami hargai sepenuh jiwa...
asalkan sifatmu menjadi teras,,
pasti cinta kita sekeluarga kan teguh terpatri...

kami sedar..
bila tanpa dirimu..
kami rasakan dunia ini bagaikan terhenti..
lambat..
kaku..dan tidak bermaya...
bagaikan otak kami berhenti berfikir..
apa..apa yang perlu harus kami lakukan..
tanpa kau disisi..
rindu kami..
bagai membungkam raga..
membuat kami berhenti untuk menghela walau sekali pn..
jiwa kami sesak dan kosong..
tak mendengar suaramu..
bagaikan terhenti nafas kami..untuk kami dengar..dan masuk..
terus ke jiwa kami..
agar tidak diganggu..agar kami tak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu..
adakah kau rasa terhenti segala-galanya??
tapi sampai saat ini kami tak terlepas rindu dan sayang padamu..
ADIKKU... ;'(



Al-Fatihah buat arwah adikku Muhammad Zikri Bin Md Sharif..

ikhlas dari kami :'(

Thursday 22 September 2011

Fer toDAY!

Salam..dah lama saya tak tulis surat kat awak kan...hari ni saya ada karang ayat baik punya untuk awak 'jodoh' saya..

Ehem..ehem...

Mungkin..ketika kaki saya melangkah dalam gelap, saya berharap awak orang pertama yang saya temukan, ketika hati saya gelap, saya berharap awak lampu penerangnya, ketika maut mendatang saya berharap awak yang jadi pahlawan, dan ketika mimpi saya tak pernah selesai, saya harap awak yang membangunkannya, dan ketika saya bangun saya berharap, awak yang ada disana, bukan bayang awak yang terus ikut! Semua mimpi saya, sebab awak yang saya mahu, sayangku... S2

amacam? romantik kan saya..hahaha.babai,babai.. =P

Wednesday 21 September 2011

Maturity..

If you want to say I was blind, you is blind ..
If you want to say I'm dumb, you is dumb ..

If you want to say you're sick




 

I want to tell you that I am more pain!!




but I would never tell you because I think I'm already done .. I can already feel the best for me ... I think I was at 20-s ..

not a dozen old again ..
before you can bully me .. but now you already can not bully me anymore ..
reason .. You think I'm great at it? Posted at maturity? Yes, I'm great at present, even at maturity, it's not pee smell milk again ..

God,
screen to the right I love you,
I am pleased guidance towards your ...
give me repentance ...
to supply me all the way .. God willing ..

Your sincerely: Cik Eka :)

Semangat saya :)


kadang-kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya ditangan Tuhan..

God Knows everything between them..

Salam...

Yes! skrg saya tak boleh..tak boleh nak berseronok giler...
dalam kepala otak saya cuma ada family..
Family saya yang paling dekat dengan jasad saya sekarang, cuma MAK DAN AYAH..saya tak limpah kasih sayang dengan kekasih tapi saya limpah kasih sayang dgn family..

kami sekeluarga dlm kesedihan mengenangkan seorang keluar dari family kami..arwah adik..kami rindu die sgt2..dlm sekelip mata Allah ambik die dr kami..tapi rasa macam baru smlm kami bergurau sama2, gelak sama2..yg paling ketara terasa kehilangan tu..EMAK.. :( die hilang anak dan adik kandungnya..
Emak yg mengandungkan kite selama 9 bln..yg byk ambil berat pasal kita seumur hidup die..
Mak pegi mane bawak handphone adik, bwak lesen adik, bawak kad matrik adik...mak cakap "kalau Atikah g kelas, abg Sharif p kebun..tgal kak Norma sorg2 kt umah.."..saya tawu mak sunyi...skrg mak hari2 nak tgk facebook adik..pagi tadi masa tgh prepare g kelas, mak mintak tlg ajar die pasal facebook..dalam kegesaan saya tak boleh nak ajar mak..mak cakap mak kecik hati sbb saya taknak ajar..

"Maaf mak, bukan adik takmau ajar..tapi adik nak pi kelas..
takdak niat pun adik nak tolak permintaan mak.." :'(

Saya taktau macam mana saya nk handle diri saya tanpa dorg..
Mak penah cakap..belajar sampai bleh keje bagus2, hdup duit hasil titik peluh sdiri..sbb nanti kalau mak ayah dah tkde..gaji ayah org salur kat tabung baitulmal..jgn kisah dgn org, mak ayh dorg pn sama jugak..gaji tetap salur kat tabung baitulmal...ilmu tu je harta yg kita ada..
saya tau mak dgn ayh nak tgk saya berjaya :(

and
by the way..

bukan kami tak redha atas pemergian adik..
kami tahu Allah lebih sayangkan dia..
tapi..
kamu takkan rasa apa yg kami rasa..
sehinggalah kamu kehilangan salah sorg darah daging yg paling rapat dgn kamu sendiri..

keluarga tak seperti kekasih..hilangnya terasa!!
kekasih tak seperti keluarga..hilangnya takda makna..

p/s: Al-Fatihah buat arwah Muhammad Zikri Bin Md Sharif dan Mohammad Aseri Bin Shaari..
May Allah grant the marhoom Jannat ul Firdous & high status in Jannat & May Allah forgive him for all his sins..

Tuesday 20 September 2011

S2



try to get what you LOVE,
try to love what you GOT..

Saya tak KISAH..

saya tak kisah kalau orang nak ckp apa2 tentang saya..
saya tak kisah kalau orang cuba utk sakitkan hati saya..
saya tak kisah kalau orang cuba nak bukak aib saya..
saya tak kisah kalau orang nak iri hati dengan saya..
sebab..

"saya takkan pernah kisah"
 
Satu benda yang saya selalu belajar dalam hidup, jangan pernah putus asa.. selagi kita terus berusaha, selagi itu la ada jalan yang terbuka luas untuk kita..tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Kita semua mampu untuk berubah.
Tak ada satu orang pn mampu mengubah kita.
Dan kita kdg-kdg mungkin fikir boleh berubah disebabkan seseorang.
Dan itu lebih baik..jika kita berubah untuk diri kita sendiri.


Bukan kah telah dinyatakan bahawa manusia itu sendiri yang mampu mengubah nasib dirinya?

mak penah pesan...
"usaha tanpa tawakal=gagal
tawakal tanpa usaha=juga gagal
usaha dengan tawakal=BERJAYA"

God Knows ;)

Wahai Jiwaku..

Sedarlah wahai jiwaku..Kehidupan itu sebenarnya pertaruhan… justeru, Allah datangkan ujian bagi menilai sejauh mana keimanan dan ketaqwaan sebenar-benar hamba... ingatlah jika kau kuat maka kau akan menang..jika kau lemah, maka kau akan kalah…Allah tidak ssekali akan membiarkan kau dalam kealpaan…percayalah wahai jiwa…

Tuhan kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan??..kenapa tuhan tidak kabulkan impian??, kenapa keinginan aku tidak jadi pilihan tuhan??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

“…..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”.(Surah al-Baqarah : ayat 216)

Sedarlah wahai jiwaku…
Kadang-kadang apa yang kau hajatkan kau fikirkan adalah yang terbaik untuk dirimu, akan tetapi perkara yang tak terduga olehmu dengan tiba-tiba sahaja. Kau mula mengeluh dan bersedih. Lupakah kau.. apa yang kau inginkan tidak selalu indah di sisi tuhan, kerana kau menilai hanya dari segi zahir dan luaran sahaja. Boleh jadi, perkara yang tak terduga itu terbaik untukMu..sedarlah…sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tuhan kenapa Engkau uji aku seberat ini?? Kenapa aku diduga sedasyat ini??, lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." ( Surah al-Baqarah : ayat 286)

Sedarlah wahai jiwaku…
Jika kau diuji, yakinlah bahawasanya engkau adalah insan yang terpilih untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Yakinlah, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia melainkan kau mampu untuk menghadapinya.. sabarlah wahai jiwa, sesungguhnya pertolongan Allah akan menyusul berkat kesabaranmu..Janganlah kau berputus asa dari rahmat Allah...pelangi tidak akan muncul sebelum turunnya hujan…

Tuhan kenapa aku kecewa dengan ujian ini?? Kenapa aku bersedih dengan dugaan ini?? Kenapa aku mengeluh dengan masalah ini??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.
( Surah Ali Imran : ayat 139 )

Sedarlah wahai jiwaku…
Janganlah kamu kecewa dan bersedih atas ujian yang menimpa, cubalah kau berlapang dada dengan ketentuan tuhan.... bersabarlah wahai jiwa, kau sebenarnya hamba paling tinggi darjatnya disisi tuhan. Bergembiralah wahai jiwa, berkat kesabaran itu menjadikan kau hamba kesayangan tuhan..

Tuhan bagaimana harus aku menghadapi ujianNya??,… lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
( Surah al-Baqarah : ayat 45 )

Sedarlah wahai jiwaku…
Sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadamu…jadikan sabar dan solatmu sebagai penolongmu menghadapi ujian…pagarilah dirimu dengan tembok kesabaran dan solatmu dengan penuh pengharapan…moga-moga diberi kekuatan dalam menghadapi arus dugaan..

Tuhan apa yang aku dapat dari ujian ini??, apa yang aku peoleh dari dugaan ini???.... lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
(Surah at-Taubah : ayat 111)

Sedarlah wahai jiwaku…
Bahawa Janji Allah itu pasti..janji Allah itu benar.. bergembiralah wahai jiwa…jika engkau redha dan ikhlas dengan ujian Allah, yakinlah bahawa janji Allah pasti milikmu tanpa sangsi…

Tuhan kepada siapa aku harus berharap??, kepada siapa aku harus bergantung??... lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

Jika mereka berpaling (dari keimanan), Maka Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiKu; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya Aku bertawakkal dan dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
(Surah at-Taubah : ayat 129)

Sedarlah wahai jiwaku…
Hanya Allah sebaik-baik pengharapan…tiada yang standing denganNya…Yakinlah, kau tidak akan sesekali kecewa dengan Allah…selangkah kau kepadaNya..seribu langkah Dia datang kepadamu…begitu kasih dan sayangNya Allah kepada hambaNya…

rasailah wahai jiwaku….Allah sangat dekat denganmu, Allah mendengar rintihan dan rayuanmu:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”.
( Surah al-Baqarah : ayat 152 )

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.
( Surah al-Baqarah : ayat 186 )

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang Telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka”.
( Surah al-Mukminun : ayat 60 )

Wahai-wahai jiwa yang lemah…bangkitlah kalian dari kesedihan, kekecewaan dan kekeluhan…
La tahzan!!! Inna Allaha maana!…inna Allaha maana!…inna Allaha maana!…..

Monday 19 September 2011

A Letter for Today..

Salam...
Awak ape khabar? saya harap awak sihat..mesti awak rindukan saya, mesti awak tercari-cari saya...tulang rusuk awak...
Saya cuma nak bagitau..


♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

_____$$$$$
____$$$$$
___$$$$$$$
____$$$$$......*~*~*
_____$$$......~°~°~°
____$$$$$....°~°~°~°
__$$$$$$$$$~°~°~°~°
_$$$$$$$$$$$~°~°~°~
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~ °~°~°~°
$$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
_$$$$$$$$$~*$$~°~°~°~°~°
__$$$$$$$$~*~*$$~°~°~°~°
__$$$$$$$$*~*~*$$~°~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$*~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$ ~*~*~*~*~*~*
__$$$$$$~*~*~*~*~*~ *~*~*
__$$$$~*~*~~*~*~*~*~*~*~*
__$$$~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~*~
__$$~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
__$$~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~
___~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*
____~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~**
_________~*~*~*~*~*~*~* ~*~*
________________*~*~*~**_________________
░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana..

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

(¯`v´¯) Buat Bakal IMAM Ku ♥_♥
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•â„’ℴνℯ
▀██▀─▄███▄─▀██─██▀██▀▀█
─██─███─███─██─██─██▄█
─██─▀██▄██▀─▀█▄█▀─██▀█
▄██▄▄█▀▀▀─────▀──▄██▄▄█

kalau awak sayangkan tulang rusuk awak..
awak cari lah sampai jumpa ye..
sebab saya taknak awak sakit sebab tulang rusuk awak dah patah...

Ikhlas dari 'tulang rusuk' awak yang hilang.. :)

Saturday 17 September 2011

Beloved



memang saya ni nampak lembik..
tak berani buat itu ini..penakut..
hidup tak tentu arah..
tapi sekarang saya..
ada sesuatu perkara yang buat saya betul2 yakin..
perasaan saya terhadap awak..
SAYA BETUL-BETUL SAYANGKAN AWAK..
tapi saya takut yang awak tak boleh terima hakikat suatu hari nanti..
tapi awak jangan menyesal nanti..
dan saya nak awak tahu yang saya akan tetap menyayangi awak buat SELAMA-LAMANYA...



Thursday 15 September 2011

Wish..






thank you silent reader for viewing :))

Wednesday 14 September 2011

Wetnesday..





I love you ...
but do not know if you'll come in my life ..
maybe one day I'm your Mrs.?

but remember
My love will never fail..



Tuesday 13 September 2011

Zzzzzzz....


Assalamualaikum..
"Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya..."

Ehem..ehem..
Awak... ;) lupa nak bagi tau.. hari tu saya ingat nak tulis surat atas sekeping kertas untuk awak..then, baru nak letak bedak dalam surat tu biar wangi2 semerbak, saya pikir2 tak jadi lah..lebih baik saya gulung2 surat tu then masukkan dalam botol bedak n terus baling dalam laut je..tapi saya takut jugak kalau bukan awak yg jumpa,  kalau lanun yang jumpa??..malu la saya..ngee :3 so, saya pikir masak2 baik saya tulis dlm blog ni je :)) mana tau tengah awak google cari gambar Selena Gomez, terjumpa blog saya..tak ke bertuah saya? Hee >.<


Masa ni saya rindu sangat..tapi saya taktau saya rindu sapa..mungkin awak..so, awak cepat2 la cari saya..mana tau nanti saya dh rindu kat org lain..melepas awak :) so, sy decide nak rindu awak je..amacam, setia kan saya?? ^_^ jadi awk jgn lah biar saya rindu awak lama2..sbb awak kan sayang saya :)) okbai. saya dah taknak cakap banyak. sbb saya mengantuk sangat2 ni..Awak jaga diri ye..

Dari sy yang _____ awak.. paham2 je la. Hee. Salam.

Hi!!

Assalamualaikum..

Buat awak yang tak pernah saya kenal dan jumpa... awak, saya taknak awak ada hati dengan perempuan lain.. usha sikit2 pun tak boleh.. 

jahat kan saya? :P saya tau awak tak sanggup, walaupun saya tau sifat lelaki ajnabi memang tak boleh lepas dari tu sume..tp awak kena sanggup jugak utk sy..sbb awak kan syg sy.. :)

saya taw awak tak syg sy skrg..tp awak akan syg saya di masa akan dtg..masa tu saya dah boleh masak karipap hari2 untuk awak..sb saya skrg tgh practise lg..akan dtg mungkin saya dah jadi suri rumah yg berjaya..macam mana? sweet kan saya? hee. :3 jadi cari lah saya sampai awak jumpa..

Ikhlas dari 'sayang' awak.. :))

Monday 12 September 2011

Nak Tau??

Assalamualaikum...

Awak nak tau kenapa kita belum dapat bertemu lagi sekarang..


Mungkin dunia kita berbeza!..saya tak berani nak hidup dalam dunia awak..saya pipit..mana mungkin enggang dan pipit terbang bersama..saya perlu pergi ke dunia sebelah sana untuk cari diri saya!..saya tak mampu nak berada dalam kedudukan awak sekarang.

Sampai jumpa dengan awak yang sama kedudukan dengan saya <3

Saya Suka..

Assalamualaikum..

Malam ni saya nak tulis surat untuk awak lagi..biar awak tau tentang saya..taktau semua pun takpe..sekurang-kurangnya saya taw awak ni pendengar yang setia kankan? Siapa awak? Saya pun taktau lah :3

Tapi takpe..tak susahkan saya pun taip hari2 untuk awak..biar awak tawu betapa romantiknya saya :P
Kali ni saya nak bagitaw pasal benda yang saya suka..saya tau awak takkan suka..tapi awak kena suka jugak..mcm mana awak suka saya..tadaa!




saya suka bunga tulip..nanti kalau awak dah jumpa saya..awak bawak la bunga ni..sebijik kaler macam ni..kenapa? sebab saya suka kaler merah..addicted giler kot..saya tau awak tak malu kalau org panggil awak mat bunga...sebab awak kan sayang saya....?
amacam? demand tak saya?? 

sampai jumpa bila2 atau kat mana2...

dr saya yg bakal awak sayang :))



Down..

Assalamualaikum..


Awak??? :(
Hari ni saya sedih la.. Kenapa eh orang yang tak perlukan saya selalu cari saya untuk kepentingan mereka?
Kalau awak ade kan senang.. bleh saya pinjam bahu awak nak nangis..awak bagi tisu ke...romantik kan saya?? :3 saya totally down sgt2 sekarang ni..

Awak..cepat2 la cari saya k..saya harap saya dapat jumpa awak, mana tau awak boleh hidup dalam hidup saya.. <3

Sunday 11 September 2011

Surat Untul Hari Ni..

Assalamualaikum..

Hai awak...tengah watpe tu? ingat lagi tak dekat saya?? ala, yang tulis surat dekat awak kelmarin tu.. :3 hari ni saya rasa macam nak tackle awak lagi lah..saya takut nanti rasa rindu giler dekat awk.. >.< maklumla, kite kan jauh.. tambah2 malam ni saya kena study pulak, sebab esok saya ada test. So, awak tak payah lah nak rindu saya yea?? Kalau awak doakan saya takpe.. Sebab saya lebih rela kalau awak rindukan Allah.. :)


Ehem..ehem..



Saya tawu.. awak mesti nak tanya saya dah makan ke belum kan.. Susah2 awak je kan pikir tentang saya. Malu saya :3 Hari ni saya tak makan nasik lagi, kalau bihun sup tu ade la saya melantak masa kat kafe td.. Sebab ape tak makan nasik?? sebab saya nak balik masak kat rumah (...atau erti kata lain nak bagitau yang saya rajin masak) hehehe. Tipu je..sebab saya nak diet lah wak. Nasik tu banyak sangat lemak tepu. Orang cakap badan saya macam belon. Orang cakap tapi awak tak cakap kan?? Ye saya tawu, awak hargai saya. Thank awak.. :B


Kehadapan awak,

Awak sihat tak? Kalau awak tak sihat, awak pergi lah jumpa doktor..jgn lah cari doktor perempuan pulak. Doktor lelaki je, okay?? Sebab saya tau awak tu gatal sikit kalau jumpa perempuan. Saya takmau nanti dosa awak bertambah banyak sebab awak kan dah banyak dosa?..


Awak, awak.. Kenapa awak selalu sangat keluar rumah then balik lewat malam? Risau saya >.< risau kalau2 awak tak pegi masjid mesti awak pegi clubbing. Ye tak? Saya teka je. Saya tak fitnah awak pun.. sbb saya tawu fitnah tu dosa. Nanti berkurang lah iman saya sebab banyak sangat dosa kering yang saya dah buat kat awak.


Saya bukan sempurna untuk awak. Saya tau awak pun bukan yang sempurna untuk saya. So, apa kata kita saling melengkapi? Mana tau kita akan jadi pasangan yang sempurna lepas ni.. Hahaha. Perasannya saya :) Sebenarnya saya sendiri tak tawu awak kat mana sekarang. Siapa awak? Nama awak? Tinggal kat mana? Kerja apa? Cuma saya tawu 1 je. Jantina awak. Mesti lah lelaki. Hahaha! Saya cuma harap saya dapat jumpa awak cepat2. Ramai sangat dok mengorat saya dalam FB. Mesej2 saya, chat saya. Takut saya. Takut nanti saya tergoda pulak. Awak pun jangan melayan perempuan2 yg add awak kat FB tu ye. Sebab saya tau, awak tu gatal sikit. Saya cuma nasihat je. Amacam, setia tak saya? :3 


Jadi, awak tolong la cari saya cepat2 k! Sebab saya taknak awak melepas sebab tak cari saya. Nak cari awak, saya takut salah org pulak. Sebab saya taknak habiskan masa saya dgn org lain..


Sampai jumpa saya kat mana2.. <3



Ikhlas dari saya yang bakal sayang awak :))




Saturday 10 September 2011

Auwmmmm!


ni namanya buaya. saya selalu jumpa..
comel kan buaya??
tapi saya selalu jumpa, spesies buaya darat..
peace ^_^

Friday 9 September 2011

Untuk Awak..

Gua ada hati kat sorang mamat ni...
Gua pernah tepon dia dua kali...
Kali ketiga dia dah tak mau cakap dengan gua...
Gua nak tulis surat pulak tapi tak reti ber romantik ni.
Gua takut nanti dia ingat gua gila pulak.

Apa patut gua tulih?       
Ehem..ehem..

Burung balam menyanyi malam,
Menyanyi atas pohon mengkudu,
Sebelum tuhan menciptakan alam,
kita sudah bercinta dahulu??

Angin bayu menyapa diriku
Ombak datang gulung mengulung
Apa khabar Cik XXXX? ;3


Ke hadapan Cik XXXX yang ku hormati.

XXXX,
Adapun warkah ini ditulis adalah untuk kita saling mengenali.
Cik XXXX, aku ingin tahu kenapa kau begitu dingin kepada ku.
Kenapa kau sudah tidak menjawab panggilan ku?
Adakah kerana aku telah menyinggung perasaan mu?
Kalau begitu aku sedia memohon maaf darimu.
Maafkan aku XXXX.

Jika ada apa apa yang kau tidak suka mengenai diriku,
sila beritahu ku... aku sedia mengubah diriku ini.
XXXX, aku sangat menghormati dirimu.
Berilah aku peluang sekali lagi untuk mengenali dirimu.

XXXX, aku juga ingin tahu
Mengapa kau tidak pedulikan aku lagi setelah kau tahu diriku adalah 'Peace'.
Apa yang telah kau dengar mengenai diriku ini?
Adakah kau mendengar cerita buruk tentang diriku?
Tolong beritahu ku, aku ingin mengenali diriku dari pandangan mata mu.

XXXX, Aku merayu pada mu
Berilah aku peluang untuk kita saling mengenali.

XXXX, Tolong hubungi aku...            


P/S: Sekian...kena tipu :P sebenarnya saya sendiri tak penah jumpa awak :3








        

My Sweet Letter..

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)


I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.


I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.


Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?


Lagi pun, you tahu,
tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),


I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.


Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),


You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.


Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?


I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.


Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan?

--------------------------------------------------------------------

saya tulis surat ni bkn sbb mengada-ngada tp juz nak awak tau yang inilah kehendak stiap wanita yg mungkin awak x taw... sbb awak kan lelaki... so,, u bismillah dlu sblm baca..

So, dear my future hubby...

Saya x pandai sgt nak speaking klu setakat skipping 2 blh la... saya x taw dr dunia mana awak dtg tp saya thu satu hari nanti awak akan saya temui sbg husband saya... dan pada hari kita bertemu saya harap sgt awk dpt terima saya seadanya sbgmana awk nak sy trima awk seadanya... lagipon saya tahu saya comei.. awak sy x taw la... hahahaha

saya harap bila saya tgk facebook awak nanti, awak x letak pic awak byk ngan pompuan2 seksi walaupon awak ckp awk x suka perempuan yg seksi... biasa la, ckp mulut lain, ckp ati lain kan... ehemmm... lgpon laki kan suka klu perempuan seksi dtg bergambar ngan diaorg sbb kononnya laku la kan... sbb suma perempuan nak bergambar ngan dia kan...padahal perempuan2 tu dah x jmpa laki lain nak tgkp gmbr pon... 

seterusnya,,, laki ni ibarat kit kat taw... bila bukak nmpk mcm susah nak patahkan padahal kepak skit ja dah patah... mcm 2 la jgk lelaki kan...bila kena goda ja sng sgt nak goyah imannya... padahal nak isteri yg beramal dan beriman... sdgkan imam awak 2 mampu ka awak pertahankan... saya harap sgt awk bkn cm kit kat taw...  

Lagi pun, kalau awak nak taw... x da perempuan dalam dunia ni nak kahwin dgn lelaki  yg konon ckp suci padahal x suci pon... kata x nak perempuan yg seksi tapi awak jaga x aurat awk?? sbb setahu saya laki pon ada aurat jgk kan... 

My future husband(s),

saya tak tahu pasal masa depan saya. saya pon x nak awk duit byk sbb klu duit awk byk nnti awak cakap awk mampu utk berkahwin lbih pd satu... saya bkn x nak bermadu dan saya bkn x nak payung emas tp saya cuma x nak awk disoal kat akhirat nnti sbb sy taw awk x mmpu nak berlaku adil pd suma isteri2 awk kan.... caring x saya?? sweet kan...

saya pon bkn x nak berhenti keja, tp saya pikirkan ttg gaji yg awk dpt... ckup x utk kita sekeluarga... ms akan dtg msti kita ada baby kan... sbb 2 sy pkir ttg ms akan dtg... forward thinking kan saya ni... perempuan mmg cmni... suka pkir utk ms akan dtg... takat nak buat mnum2 awk 2 pas blik keja ja saya watkan ek... sy x la kejam sgt... sbb sy taw klu sy x watkan nnti awk nak tmbh lg 1... setia sgt awk kan... 

Hmm. awak taw tak... saya pon x nak laki yg lembut sgt... sbb klu awk lembut sapa nak protect saya nnti... sbb sy ni lemah lembut skit... mak sy ckp dgn suami perempuan kena lemah lembut skit... klu x nnti dia carik yang lain... lgpon klu saya kasar nnti sllu sy gduh ngan awk... x psl2 masuk neraka saya nnti... isteri mithali kan sy... untung awk taw...  

My future husband(s),

awak taw tak... setahu saya kan memasak ni keja suami taw... awk tanya la mana2 ustazah @ ustaz sekalipun ttg tanggungjawab suami ka isteri memasak 2... saya berani jamin tu tanggungjwb suami... tanggungjwb isteri hanya layan suami dan jg anak ja... tapi kalau awk x reti memasak jgn isaw sbb saya x kan crik suami yang lain... saya masak la kat awk... tp brg2 awk la yg belikan ek... sbb awk jgk yg nak saya taw memasak kan... klu x nak crik yg lain kata awk... x phm btui sy... ckp syg tp keja nak crik yg len ja... lembut lidah manis madah btui la awk ni... ehemmm...

Actually, klu awk masak sekali sekala kat saya pon apa salahnya... sy x mintak pon awk msak hari2 tp stakat sebln skli ka kan... apa slhnya nak rs air tangan suami... mengeratkan lg hbgn suami isteri taw.. sdgkan nabi pon tlg isteri dia masak taw... awk pon msti nak ikut sunnah nabi kan... sbb klu hal nak kawin lbih pd 1 awk ckp nak ikut sunnah nabi... x kan bab nak msak x nak ikut kan... awk saya x mintak pon awk msk mcm kat hotel 5 star 2.. stkt saya blh telan dh la ek... 

saya harap awk blh jg diri awk sebelum kita bertemu... kalau blh, x yah kapel lgsg.. tp kalau kapel pon jgn la lbih2... maklum la.. awk kan laki... nnti ckp x thn nafsu plak... sbb bila awk dating akan ada org ketiga yg akan suh awk wat lbih pd 2... klu rs2 cm 2 ja awk byk la mengucap n zikir ek... awak snri cakap kan laki ni x leh caya... bkn saya... 

Akhir kata dari saya, bila kita kahwin nanti, saya masak, awk makan.. awk masak saya makan.. awak imam saya makmun.. awk bc doa saya aminkan... saya merajuk awk pjuk... awk merajuk awk tdo luar la ek.. hehehe... sweet kan... jadi, awk kena la cari saya... x kan saya nak cri awk plak... nnti kata perigi cari timba plak kan.. x manis org pndg... awk pon msti x nak sy dikebas org lain kan... awk cri taw... 
 
 
 
p/s: sumber theotherkhairul.blogspot.com