PELAJAR: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"
CIKGU:"Okay, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.."
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput ditangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?
PELAJAR:"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata pilih yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.."
CIKGU:"Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...(:
2 orang doa Cik Eka kurus:
yup..sokong sngat..kena hargai ape yg kte ade:-)..
hehe..thanx eira..sedih ni :D
tp kita kena cool ja okay :)
Post a Comment