BLOGGER TEMPLATES AND Formspring Backgrounds »

Friday, 9 September 2011

Untuk Awak..

Gua ada hati kat sorang mamat ni...
Gua pernah tepon dia dua kali...
Kali ketiga dia dah tak mau cakap dengan gua...
Gua nak tulis surat pulak tapi tak reti ber romantik ni.
Gua takut nanti dia ingat gua gila pulak.

Apa patut gua tulih?       
Ehem..ehem..

Burung balam menyanyi malam,
Menyanyi atas pohon mengkudu,
Sebelum tuhan menciptakan alam,
kita sudah bercinta dahulu??

Angin bayu menyapa diriku
Ombak datang gulung mengulung
Apa khabar Cik XXXX? ;3


Ke hadapan Cik XXXX yang ku hormati.

XXXX,
Adapun warkah ini ditulis adalah untuk kita saling mengenali.
Cik XXXX, aku ingin tahu kenapa kau begitu dingin kepada ku.
Kenapa kau sudah tidak menjawab panggilan ku?
Adakah kerana aku telah menyinggung perasaan mu?
Kalau begitu aku sedia memohon maaf darimu.
Maafkan aku XXXX.

Jika ada apa apa yang kau tidak suka mengenai diriku,
sila beritahu ku... aku sedia mengubah diriku ini.
XXXX, aku sangat menghormati dirimu.
Berilah aku peluang sekali lagi untuk mengenali dirimu.

XXXX, aku juga ingin tahu
Mengapa kau tidak pedulikan aku lagi setelah kau tahu diriku adalah 'Peace'.
Apa yang telah kau dengar mengenai diriku ini?
Adakah kau mendengar cerita buruk tentang diriku?
Tolong beritahu ku, aku ingin mengenali diriku dari pandangan mata mu.

XXXX, Aku merayu pada mu
Berilah aku peluang untuk kita saling mengenali.

XXXX, Tolong hubungi aku...            


P/S: Sekian...kena tipu :P sebenarnya saya sendiri tak penah jumpa awak :3








        

0 orang doa Cik Eka kurus: