BLOGGER TEMPLATES AND Formspring Backgrounds »

Friday, 9 September 2011

Saat Bertemu..

Saat bertemu teman yang dapat dipercayai, rukunlah bersamanya.
Kerana seumur hidup manusia, teman sejati (sahabat) tak mudah ditemukan.

Saat bertemu penolongmu,
Ingat untuk berterima kasih padanya.
Kerana dialah yang membantu mengubah hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah kau cintai,
Tersenyumlah dengan wajar .
Kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang cinta.

Saat bertemu orang yang pernah kau benci,
Sapalah dengan tersenyum.
Kerana dia membuatkanmu semakin teguh / kuat.

Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu,
Baik-baiklah berbincanglah dengannya.
Kerana jika bukan kerana dia, hari ini engkau tak memahami dunia ini.

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu,
Berterima-kasihlah bahwa dia pernah ada dalam hidupmu.
Kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu.

Saat bertemu orang yang pernah salah-paham padamu,
Gunakan saat tersebut untuk menjelaskannaya.
Kerana engkau mungkin hanya punya satu kesempatan itu saja untuk menjelaskan..

Dan saat engkau bertemu seseorang yang saat ini menemanimu seumur hidup (suami / isteri) kita,
Berterima-kasihlah sepenuhnya bahwa dia mencintaimu.
Kerana saat ini kalian mendapatkan kebahagiaan dan cinta sejati yang kalian cari...

0 orang doa Cik Eka kurus: